Sunday, April 4, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS INTERAKSI

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.
Hari ini, iaitu 27 Mac 2010, SBP Integrasi Gopeng telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 dan Majlis Interaksi 2010 dengan jayanya. Urusetia Pendaftaran menerima kehadiran ibu bapa seawal jam 8.00 pagi dan mesyuarat dimulakan pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat agung kali ini sangat penting kerana pemilihan Jawatankuasa PIBG untuk sesi 2010-2012 telah dijalankan bagi melantik muka-muka baru untuk menerajui PIBG SBP Integrasi Gopeng supaya lebih mantap. Kehadiran ibu bapa adalah di luar jangkaan, melebihi 200 orang! Terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberikan.
                                                                                       
                                                                                               
 
     Ust. Radzi (PK HEM) & En. Zaidi (PK Koku) bersedia.


             Ustz. Norhayati (Pemangku Pengetua), Tn. Hj. Salleh (YDP PIBG) & En. Hakim (AJK PIBG)


Antara ibu bapa yang hadir awal.
Antara agenda yang berlangsung ialah pembentangan minit mesyuarat lalu, pengesahan minit mesyuarat, pembentangan & pengesahan laporan kewangan, serta pemilihan ahli jawatankuasa baru. Mesyuarat kali ini tiada usul yang perlu dibahaskan oleh ahli mesyuarat. Mesyuarat tamat pada pukul 11.15 pagi dan Majlis Interaksi bermula pada pukul 11.30 setelah ibu bapa dan para hadirin minum pagi.



Sesi undian untuk pemilihan jawatankuasa baru


Kehadiran ibu bapa sangat ramai, hingga penuh dewan.



                                                                      Sesi interaksi untuk semua tingkatan


 


Ibu bapa mendapat penjelasan daripada guru